Saturday, November 30, 2013

Ustaz Kazeem jadi MT Umno....

Kejutan berlaku, selama ini 'kawang' hampir setiap pagi ,sesambil dukung baby sambil tu jugaklah 'kawang' dok pasang 'kalau dah jodoh-ust kazeem elias'.'Kawang' memang suka sangat dengar ust kazeem ni berkuliah,terutama tang ayat-ayat 'berlawak' dia dengan trademark dia loghat perak!

Jarang orang dapat memikat hati dan perasaan pendengar,kalu ada pun ustaz yang jenis camni boleh bilang dengan jarilah kata orang,ramai yang dah angkat ust kazeem ni sebagai 'ikon' (kalau boleh disebut begitu),
Jadi sehari-dua ni, tajuk akhbar, kat fb ,wassup dan tentunya kedai kopi 'baca' (sidang parlimen rakyat),

Kalau orang Umno ,dah tentulah senyum melebar! masing-masing bagaikan dapat satu semangat untuk 'melanyak' musuh politik depa.Pucuk dicita , ulam mendatang! kekuatan ust kazeem ni umpama ultraman turun ke bumi untuk melawan rasaksa ngeri.Pastinya kemenangan di hujung pertarungan.Ultraman yang tiada tolok bandingnya pada sisi kekuatan .

Dan disisi orang-orang Pas pulak, berita ust kazeem ni pastinya di 'renyeh' sebelah mata, majoriti mencebik
bibir,setiap ayat pastinya bersulam sindiran duka.Pastinya diulang-ulang sejarah bahawa orang agama bila bercampur dengan orang kurang beragama,pasti jauh pelantingannya,bagai hilang sabar peminat Tok Guru dibuatnya.Pelik bagi mereka , kenapa ada agamawan tergamak memilih pihak yang kurang berminat dengan agamanya?Rasanya lepas ni ,biar pun berbuih mulut ust kazeem menerang dan menerangkan,seolah-olah tiada maaf bagimu    bagi pihak ini.

Bagi golongan pertengahan pulak, pasti simbol  ( ? ) paling besar bermain di benak pemikiran mereka.Keliru,marah serta yang besar sekali ialah kecewa dengan isu ini.Alangkah baiknya bagi mereka ,biarlah ustaz2  tersohor ini  tak membelah kemana-mana, kan pertengahan itu lah yang paling baik! ust jugak yang kata...

Bagi 'kawang' lah, kita biarlah rasional dalam berpihak, tidak bolehkah kita memberikan peluang kepada mana - mana individu untuk berjuang atas mana - mana platform, kalau bole kita doakan mereka yang cuba untuk masuk kedalam satu kumpulan yang di panggil mad'u ( orang didakwahkan ) ,'kawang' ingat lagi kata-kata almarhum dato; fadhil noor, politik adalah satu cabang dakwah,justeru kita bersnagka baiklah dalam memihak,jika dia mampu why not? dia sanggup mengambil risiko (jika dia ikhlaslah) yang tak sanggup di pikul oleh para daie lain, mana tahu akan hasilnya..semoga dia tsabat dalam pengislahan dakwah..

Apapun doa 'kawang' pada ust kazeem , selamat menjadi MT Umno,moga di kuatkan pendirian insya Allah..
 "Umno ! Mu Tunggu Aku Datang!